Sabtu, 6 Disember 2014

MAKSUD DI SEBALIK NAMA METRO GOLD

assalammualaikum,
Kepada semua para pembaca dan pelanggan yang di hormati sekalian. Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon kemaafan atas keterlewatan untuk membuat pengubahsuain blog ini. Kerana kesibukan admin dalam pekerjaan jadi masa untuk mengarang di blog ini amat terhad.

Metro Gold selama ini hanya di sebut dan seringkali menjadi pertanyaan adakah metro gold sebuah syarikat penjual emas?dan mengapa syarikat ini di beri nama metro gold?

Untuk makluman bagi yang belum mengetahui syarikat kami, kami bukan membuat perniagaan urusan jual beli emas tetapi ianya menjurus kepada pemajuan hartanah, penjualan rumah-rumah, mentadbir aset-aset dan juga hal yang berkaitan dengan aset & hartanah.

Metro Gold apabila di sebut dengan pendek hanya akan menjadi MG. Ianya adalah satu simbolik kami untuk menyebut satu nama yang agung lagi berkuasa di atas muka bumi ini iaitu MY GOD, dan sila perhatikan logo kami dan lihat secara terbalik akan terukir lah ayat kalimah ALLAH dalam huruf arab. Mengenai logo tersebut bukan lah di rancang begitu juga dengan ayat MG tetapi ianya tanpa di sengajakan sewaktu sedang nembuat kerja urusan persuratan pada 4 bulan Metro Gold mula aktif dalam perniagaan. Maka tercipta lah sebuah ungkapan sebuah ayat dari MG dengan logo nya MY GOD ALLAH.

Dengan hal yang tidak di sengajakan ini membuat kami sangat terharu dan juga gembira, kerana tanpa di sedari ayat MG telah ada sambungan nya. Di sini telah menunjukan bahawa ALLAH itu pasti akan sentiasa bersama dengan sesiapa sahaja. Allah akan sayangi kita dia akan permudah setiap urusan setelah melalui berbagai dugaan.

MY GOD ALLAH ada di dalam hati setiap manusia yang beriman. Lemah atau kuat iman seseorang itu kita tidak boleh menilai nya. Cuma paling bahaya dari senjata di dunia ini menyebut nama ALLAH untuk membuat sesuatu itu nampak nyata dan benar tetapi sebalik nya ianya adalah palsu.

Mari lah sama-sama kita berdoa agar tidak ada sifat munafik yang wujud dalam diri kita semua. Kerana sifat munafik itu boleh menjahanam kan sesiapa saja dan ianya di benci ALLAH dan RASUL.

Doakan lah METRO GOLD akan menempah kejayaan sehingga bila-bila, terima kasih juga kepada pelanggan-pelanggan, broker-broker dan ejen-ejen yang sentiasa setia untuk mengikuti perkembangan syarikat kami.

Sekian terima kasih
Penulis:MG-1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan